Dear Gulcin,
08/18/2008
Salam.
First of all, I would like to congrats Gulcin for the award and achievement she got through year 12 and 13 for the past 2 years. I am proud to hear that my old friend and belove friend had been nominated as a best student for post 16 student at Burleigh Community College. Believe me Gulcin, I have never imagine that you are the person who will stand on stage and speak for the award and trophy you achieved for the college.
Congratulation for your excellent result in A Level and an offer from Nottingham University to further your degrees in Business International. I hope that you will apply to continue your final year in Malaysia as I hope to meet you wherever we can and whenever we able.
Last but not least, I am missing all the memories in UK and all my friends in college. Although, we have become a friend not so long but the relation we have built and the time we have spent, had joint us to become a good friend. Any misunderstood between us will never stop our friendship. Also, even though the belief that we believe each other are almost different but I hope you will learn the truth and the truth will guide you live as a life you had seek for many years ago.
Thank you Gulcin. Send my regard to others.
Dua.
Hari ini, abah bertolak ke Jawa Indonesia. Sedih rasanya. Setiap kali pulang bercuti, mesti abah tak ada. Katanya ke Indonesia sehingga Khamis ni. Tempoh masa yang agak lama. Mak kata, Sabtu nanti kena pulang sendiri naik bas. =(
Minggu depan abah pergi Singapura untuk konvokesyen.
Bulan 10 abah akan ke Mesir untuk pembentangan thesis/konvensyen.
Bila abah ada dekat rumah ni? Huhu.. teringat masa awal semester ni, pengarah pernah bercerita tentang rasa terkilannya beliau kerana tidak dapat menghantar anak beliau untuk kemasukan ke UiTM Melaka. Kenapa tak dapat hantar? Sebab masa tu dia tengah berucap di hadapan 500 orang pelajar baru di UiTM Johor. Beliau sanggup korbankan masa untuk anaknya, bagi memberi ruang masa untuk ‘anak-anak’ beliau yang baru. Tidakkah kita terharu dengan pengorbanan besar itu? Tak ingat apa lagi dia cerita, tapi sedihlah dengar beliau bercerita.
Aku dan abah, bukannya rapat. Tapi kadang-kadang seronok bila abah melayan kita. Abah memang rajin melayan anak-anak dia. Kadang-kadang buat lawak entah apa-apa. Kadang-kadang buat cerita ‘oncong’ dan mengarut. Seronok. Tapi, tika dia banyak berfikir, kita berceritalah bagai nak rak, tup tap dia tanya balik, ni pasal apa ni? Takpelah abah, tak ingat dah nak cerita apa. Huhu..
Tiga.
Sebenarnya aku tak berharap untuk adanya cuti mid-term yang sekarang ni aku tengah lalui dan hadapi. Kenapa?Di sebabkan adanya mid-term, study week di pendekkan. Jujurnya study weeklah satu-satunya masa aku habiskan untuk study. Tetapi, bila dia ambil cuti study week masuk ke cuti mid-term aku rasa sangatlah tak berbaloi. Cuti mid-term bukan buat apa-apa pun. Nak study? Memanglah study boleh, tetapi bagi mereka yang ada test jelah study. Yang tak ada apa-apa? Nak study ke mereka ni? Kalau dulu, mid-term tak ada untuk semester yang pendek. Aku tak kisah kalau cuti mid-term tak ada. Apa ada dengan cuti? Bukanlah nak kata aku tak suka balik rumah dan sebagainya, tetapi aku fikirkan masa aku nak belajar. Aku boleh balik weekend, orang lain boleh balik weekend. Tak ada masalah.
Pokoknya, bila berada di rumah, buku memang tak terbuka langsung.
Empat.
Pernah tak rasa macam banyak sangat benda yang nak di fikirkan. Banyak benda yang mengganggu fikiran. Tapi, secara tiba-tiba terasa kosong pula. Tak ada apa-apa bermain dalam fikiran dah, walhal masalah belum selesai lagi. Kadang-kadang kita punyalah fikir apa benda yang tak selesai lagi ni, tapi tak kunjung tiba juga masalah-masalah yang bermain sebelum ni. Subhanallah. Itulah kerja Allah. Mungkin terlalu sarat dengan masalah di dalam kotak fikiran juga boleh bawa kepada kegilaan.
Pada 16 Ogos 2008, aku menghadiri bengkel penulisan Islamika. Sebelah pagi tu perkongsian daripada kak Hanim, penulis skrip cerita Jelatang. Banyaklah benda yang boleh belajar. Memang seronok sangat kalau dapat tulis skrip cerita ni. Entahlah, aku rasa sangat minat untuk bermain dengan watak yang kita cipta sendiri. Bak kata kak Hanim, penulis skrip ni kadang-kadang bercakap seorang diri, untuk menjiwai watak yang dia cipta. Iyalah, dalam satu cerita itukan ada banyak watak, bukan seorang dua sahaja, tapi sangat banyak.
Apa yang sedihnya, orang-orang yang salah gunakan kebolehan dia menulis skrip ni adalah tak nak bergaul dengan orang ramai. Bila tak mesra alam dengan orang lain, maka benda ni memberi kesan kepada si penulis skrip tadi. Iyalah, watak yang telah di cipta tu kadang-kadang terbawa-bawa dalam dirinya dan tak cuba atau tak ambil masa untuk keluarkan semula watak tersebut daripada dirinya. Macam serius je kan? Mungkin ada sesetengah orang tak percaya, tapi aku percaya. Bila kak Hanim cerita pasal watak ni, kadang-kadang aku terfikir jugalah. Betul ke kalau kita bercakap seorang diri, maksudnya kita jadi 2 orang dalam satu masa yang sama, bermakna kita sedang menjiwai watak tersebut?
Hehe! Aku tak naklah cakap orang macam tu gila, sebab benda macam ni memang aku sendiri pernah lalui dan aku tak gila. Aku bukan penulis skrip, tapi aku suka bermain dengan macam-macam watak. Biasanya benda ni terjadi bila aku ada masalah. Korang pernah tak tengok seseorang bercakap depan cermin? Seolah-olah si cermin tu jahat, diri kita baik. Macam tulah lebih kurang bila kita bercakap sendiri. Sebab tu aku tak rasa apa kak Hanim cerita tu satu lawak jenaka atau cerita rekaan semata. Aku tak tahu jika benda ni berterusan boleh menyebabkan gila atau tidak. Lagi satu, mungkin ini boleh menyebabkan kita hanyut dalam dunia khayalan, itu yang tak baiknya.
Aku pernah terbawa-bawa 2 watak sampai aku menangis sendiri. Aku tak ingat sebab apa. Aku bukan pelakon. Biasanya, bila aku ada masalah aku akan cuba nasihatkan diri aku sendiri. Kalau korang rasa aku gila, tak pastilahkan. Memang, kadang-kadang aku akan peluk tubuh aku sambil cakap sendiri. Tetapi, aku tahu kenapa aku jadi macam ni. Aku bukan jenis bercerita masalah pada orang. Aku bukan jenis banyak berkongsi masalah peribadi. Dalam dunia ni, untuk dengar masalah aku betul-betul, aku pernah cerita dekat 2 orang sahaja. Itu dulu. Sekarang susah. Mungkin ada, tapi aku rasa tak selesa kalau aku bercerita masalah aku, tapi orang tu taknak cerita masalah dia. Memang aku tak boleh. Sebab tu, aku cerita masalah aku dekat aku. Aku yang ada masalah, dan aku yang dengar. Sebab tu aku suka bersendiri.
Walaupun aku bersendiri, aku tidak hidup berseorangan. Aku masih boleh di percayai untuk menjadi seorang pemimpin. Aku belum gila walaupun banyak tekanan dan masalah dalaman kolej. Aku masih boleh menutur harapan dan doa kepada yang Esa. Lagi satu, kalau korang nak cerita masalah, ceritalah semasa menadah tangan selepas solat malam, atau Isyak ke Maghrib ke, ceritalah masalah korang sekuat hati. Biar mengalir air mata, biar pipi di basahi air mata insaf, ceritalah segalanya. Percayalah, lepastu korang akan tenang. Sebenarnya, masalah tu cuma hendak di zahirkan pada sesuatu sahaja, tidak mahu menjadi gumpalan masalah yang berpusing pada hati semata. Akhirnya memakan jiwa sendiri.
Adik-adik di UiTM kenal aku sebagai kakak yang suka senyum atau kakak baik. Tetapi, aku tak pasti senior-senior dan rakan-rakan yang lain menganggap aku bagaimana. Bukan aku tak pernah marah, bila aku marah memang hati aku tengah sakit gila. Kalau dalam bilik, aku pernah rasa serba salah. Sebab tu rumet aku dulu pernah cakap, perangai aku pelik. Bila aku ramah, memang ramah tamah gilalah. Tapi, ada masa aku akan diam sepanjang hari, macam orang tengah berang. Kadang-kadang, di tanya sepatah jawab sepatah je. Pernah sekali, tiba-tiba je nak tahu perihal rumet sendiri, padahal sebelum ni tak ambil peduli pun. Kenapa? Sekarangpun perangai macam tu ada lagi. Biasanya, perubahan aku berlaku bila ada sesuatu yang seseorang tu buat sampai aku berubah.
Contohnya semester lepas, aku tengah tengok cerita. Tiba-tiba kawan aku ni terus keluarkan DVD yang aku tengah tengok tu tukar cerita lain tanpa persetujuan atau bertanya pada aku. Aku benganglah. Sangat bengang. 2 hari aku diam. Langsung tak nak cakap dengan kawan aku tu. Macam budak-budakkan? Tapi memang aku marah betul masa tu. Cara aku marah senang je, kalau aku malas nak cakap dengan kau tu maknanya adalah yang kau buat aku sakit hati. Tapi aku tak cakap zahir. Sebab marah aku sekejap je. Nanti balik bilik, aku muhasabah diri aku balik. Kenapa nak marah sangat? Kenapa perlu ada perasaan macam ni? Aku tak suka marah. Tapi kadang-kadang, benda tu tiba-tiba muncul. Tiba-tiba dah marah. Tiba-tiba berapi. Sebab tu sebagai manusia, kita kena ada masa bersendiri. Berfikir. Muhasabah. Bukan tujuan meminggirkan diri, tapi bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri.
Subhanallah, kita manusia ni di cipta dengan pelbagai ragam dan sifatnya. Cuma, kita sendiri yang kena pandai untuk kawal dan awasi emosi kita daripada berlebihan dan telajak sehingga memudaratkan diri sendiri. Biar marah, tetapi hendaklah menjaga tertib dan adabnya supaya marah kita tidak menimbul kemarahan orang lain pula. Maksud marah di sini, janganlah pula kita tengking orang tu. Perlu bertempat dan memahami jiwa orang lain. Takkan orang yang panas baran kita nak tengking, mesti jadi pergaduhan nanti. Hati aku sensitif, ada sikit cepat melenting. Dulu pantang kena marah memang aku menangis. Tapi dah besar, takkan nak menangis lagi. Kena marah, aku diam jelah. Walaupun hati ni rasa macam di carik-carik, tapi sabar sajalah. Itu jalan terbaik. Nak marah balik nanti jadi besar pula ceritanya.
Jadi, di ringkaskan cerita yang terpanjang ni, kawallah emosi. Jagalah jiwa agar tunduk dan sentiasa bertasbih kepada Allah swt. Semoga dengan sentiasa mengingati Allah, sikap kita terjaga dan terbatas untuk melakukan perkara-perkara yang tidak di sukai Allah. Kurangkan berkhayal dan bermain dengan emosi. Jangan jadi Mat Jenin separuh jalan, jadilah Mat Jenin yang berangan sehingga anganan tersebut menjadi satu realiti. Semoga kalian yang membaca mendapat manfaat dan sentiasa memperbaiki diri. Peringatan untuk diri sendiri juga.
Wallahualam.

